Biskut Sampan

Alhamdulillah, malam ni dah mula solat terawikh malam pertama Ramadhan, bermakna esok kita mula berpuasa bulan Ramadhan 1433 Hijrah. Sambutan yang diterima terhadap Biskut Sarang Semut amat menggalakkan, sejajar dengan usaha kami mengajak pelanggan membeli sambil menderma. Ramai juga yang telah membelinya untuk makan sendiri, makan dulu sebelum puasa. Fasa pertama sumbangan telah dihulur ke Rumah Kebajikan An-Nasuha yang terletak di Taman Gombak Permai, Gombak, Selangor pada 15 Julai 2012.

Selain dari Biskut Sarang Semut, saya juga membuat dan menjual Biskut Sampan. Biskut ni pun memang popular tahun 80 dan 90 an tapi kini sukar nak jumpa di pasaran kerana nak buatnya memang leceh. Bahan-bahan biskut sampan ni menggunakan 100% mentega Buttercup, tepung kek, kelapa kering, telur, gula dan bahan-bahan berkualiti yang lain. Rasanya memang sedap.

Harga sebekas yang mengandungi 50 biji (500g) = RM35

Biskut Sampan

Biskut Sampan siap nak dihantar kepada pelanggan

Oleh kerana Biskut Sarang Semut dan Biskut Sampan ini resepinya kami perolehi dari mak tersayang, maka kami pun menamakan biskut-biskut kami ni 'Biskut Mak Ani', sempena nickname mak, Ani




Jadi, jika anda ingin menikmati kesedapan Biskut Sarang Semut dan Biskut Sampan, meh la tempah dengan kami. Setiap bekas biskut yang pelanggan beli, RM1 akan didermakan ke rumah kebajikan, anak yatim, tahfiz dan mereka yang memerlukan. Anda membeli sambil beramal, kami berniaga sambil beribadah.

Komen pelanggan setelah merasa Biskut Sampan



Maklumat lain mengenai Biskut Sampan boleh juga dibaca di facebook page Biskut Mak Ani. Tolong LIKE sekali ye. TQVM :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Analytic