5 Jenis Senaman Kempiskan Perut

Ramai yang mengeluh bila perut dah maju ke depan. Bagi mencapai objektif untuk mengempiskan perut, kali ini kami akan berkongsi beberapa jenis senaman yang boleh anda amalkan setiap hari.

a) Bicycle exercise

Teknik paling efektif semasa untuk perut anda adalah dengan bicycle exercise. Senaman ini menumpukan pada bahagian rectus abdominis (perut) dan juga oblique muscle (pinggang)

Caranya:
1) Baring di atas lantai dan letakkan tapak tangan anda di belakang telinga.

2) Angkat lutut kiri atau kanan anda setinggi 45 darjah menghampiri perut anda dan lakukan seperti anda mengayuh pedal basikal.

3) Sentuh siku yang bertentangan dengan lutut yang anda angkat. Contohnya sekiranya anda mengangkat lutut kiri pastikan lutut kiri anda bersentuhan dengan siku kanan anda dan lakukannya berulang kali seperti anda mengayuh pedal basikal.
Pastikan anda tidak tarik leher anda terlalu ke depan. Sekadar memastikan bahu anda terangkat sedikit dan bukannya belakang badan anda. Selepas anda mengangkat lutut anda pastikan ia lurus ke hadapan tidak kira berapa darjah. Untuk memberi kesan yang maksima, angkat sedikit sehingga 45 darjah dari lantai.


b) Bangkit tubi kaki tegak (vertical leg crunch)

Konsep senaman ini lebih kurang seperti bangkit tubi, tetapi memerlukan anda mengangkat kaki anda tegak ke atas. Senaman ini turut difokuskan pada otot rectus abdominis.

Caranya:
1) Angkat kaki anda tegak ke atas sambil bersilang.

2) Angkat badan anda seperti anda membuat bangkit tubi biasa

Lakukan dalam 2 hingga 3 set dan dalam setiap set rendahkan kaki anda menghampiri lantai untuk memberi impak yang maksima. Setiap set anda boleh lakukan 16-18 ulangan.

c) Bangkit tubi tangan lurus (long arm crunch)

Berbeza dengan bangkit tubi kaki tegak, anda perlu meluruskan tangan anda untuk melakukan bangkit tubi tangan lurus ini. Cara ini menambah tahap kesukaran dalam melakukan bangkit tubi kerana tangan anda bersifat pemberat.

Caranya:
1) Baring di atas lantai.

2) Lipatkan kaki anda.

3) Luruskan tangan anda ke atas.

4) Lakukan pergerakan bangkit tubi.
Anda boleh mengubah suai teknik ini dengan memegang pemberat mahupun dumbell ketika melakukan aktiviti ini. Tetapi sebaiknya anda harus luruskan tangan anda serenjang dengan lantai. Dari aktiviti ke aktiviti anda boleh menambah pemberat mengikut kemampuan anda.


d) Bangkit tubi terbalik (reverse crunch)

Sekiranya anda sering menggunakan kepala untuk mengangkat badan, kali ini anda menggunakan kaki sebagai ganti. Teknik ini lebih dirasai pada bahagian bawah perut anda walaupun sebenarnya ia melibatkan seluruh otot perut anda.


Caranya:
1) Tolakkan lutut anda mendekati dada . Bermakna belakang anda turut terangkat sekali.

2) Pastikan tangan anda bertindak sebagai tapak dengan mendepakan sedikit di atas lantai.

3) Angkat pinggul anda.

Ia merupakan tindakan yang mudah dan simple.

e) Senaman Plank (plank exercise)

Teknik ini bagus dalam memberikan ketahanan otot pada bahagian perut dan juga belakang.
Caranya:
1) Buat aksi seperti anda melakukan tekan tubi.


2) Letakkan tangan depan anda di atas lantai.

3) Pastikan belakang anda tegak menghampiri lantai dan bukannya menjauhi lantai.

4) Lakukan selama 30 saat hingga 60 saat dan lakukan sebanyak 3 hingga 5 kali.
Perasan tak senaman yang disenaraikan ini tidak memerlukan sebarang objek, bukan apa agar memudahkan anda. Okey, selamat mencuba!
*credit to http://wanitasihat.com/


Cara Pembelian1. Sila buat pembayaran ke salah satu akaun bank seperti di bawah:

MBB

CIMB
16421227060012860000678052
RABIATUL ADAWIYAH MOHAMEDARDSK Resources

2. Selepas pembayaran, sila maklumkan:

NAMA PRODUK, NAMA ANDA, ALAMAT, NO TELEFON, JUMLAH BAYARAN, TARIKH & MASA BAYARAN, REFERENCE NO ke 010-2265507.

3. Kami akan pos pesanan anda dalam masa 24 jam (hari bekerja) menggunakan Poslaju.

4 Anda akan menerima tracking kod dari kami selepas jam 8 malam. Jika masih belum terima dalam 24 jam, sila hubungi kami untuk bantuan.

5. Anda boleh semak tracking kod anda di www.poslaju.com.my atau hubungi Posline di 1300-300-300 untuk bantuan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Analytic