Apa itu Kolagen

Kepentingan Kolagen pada Tubuh

Ramai wanita yang merasa bimbang melihat kedu-kedut halus yang mula muncul pada sekitar wajah apabila usia kian meningkat. Biarpun berlaku secara semulajadi, ia tetap merisaukan kerana kedutan yang banyak mampu menjejaskan keyakinan diri seseorang.
Pertumbuhan sel baru kulit agak perlahan, lapisan dalam kulit (dermis) yang kian menipis menjadikan proses pembaikan kulit menjadi perlahan. Selain perubahan hormon dalam tubuh, pelbagai faktor luaran seperti pencemaran dan sebagainya turut menjejaskan pengeluaran kolagen. Apabila ia berkurang, keanjalan kulit mula hilang. Selain masalah kulit, penyusutan kolagen ini turut menjejaskan kecantikan rambut (rambut gugur), kuku mula rapuh dan tahap metabolisme menurun.

Fungsi Kolagen : 

# Kolagen adalah komponen protein utama di dalam tubuh. Kewujudannya merangkumi 70% pada lapisan kulit, tulang,kartilaj (sendi), saluran darah, tendons dan gigi

# Terdapat beberapa jenis kolagen seperti kolagen I (kulit, tendon tulang, kornea (mata), II (rawan, tulang belakang), III (kulit fetal, jantung), IV (membran dasar).

#Kolagen disusun tiga rantai polipetida (monomer protein) yang terpilih membentuk triple helix (pilihan ganda tiga). Segmen kecil dari tiap rantai mempunyai panjang asid amino sebanyak 1.000-an.

# Merupakan penjaga bentuk dan struktur tubuh serta penyambung jaringan halus pada rangka tubuh.

# Penghasilan kolagen berkurangan dengan kadar 1.5% pada setiap tahun selepas usia 25 tahun. Dan selepas usia 45-50 tahun, badan kita akan kehilangan hampir separuh daripada kolagen yang ada. Jadi, semakin tua, semakin kurang kolagen. Inilah antara punca kedutan.

Lindungi kulit dengan apa yang kita makan:

Antara jenis makanan yang dapat melindungi kesihatan kulit ialah makanan tambahan yang mengandungi kolagen ikan (marine). Tetapi pada yang alah pada makanan laut terdapat juga kolagen dari sumber tumbuhan seperti soya. Ia dianggap satu penyelesaian yang mudah, selamat dan ideal bagi membantu merangsang pertumbuhan kolagen dalam kulit sekali gus memperbaiki konsentrasihydrooxyproline (HyPro), sejenis asid amino yang berfungsi sebagai penstabil struktur kolagen sepertimana glycine yang berperanan bagi mengekalkan lembapan kulit.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Analytic